Dunia Islam Kehilangan Sebutir Permata

Innalillahi wainna ilaihi rajiun…. Saya baru terbaca status sahabat saya di Facebook tentang pemergian seorang ulama’ tafsir besar Nusantara ini Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad Milatu pada hari ini. Pemergian beliau menemui Rabbnya merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada umat Islam terutamanya dari Nusantara. Beliau merupakan seorang penulis kitab tafsir yang prolifik dan terkenal dengan kitab tafsirnya yang asalnya merupakan sebuah syarahan di radio yang kemudiannya dibukukan dengan judul Tasir al-Quran Di Radio. 

Ustaz Ahmad Sonhadji

Saya secara peribadi tidak mengenali Ustaz Sonhadji cumanya semasa saya berumur 9 tahun saya mula menghafaz juz 1 dan Quran yang saya gunakan ketika itu adalah Tafsir al-Marhum. Tafsir beliau sangat menarik sehingga kadang-kadang saya menghafaz lebih dari yang ditetapkan setiap hari kerana tertarik dengan syarahan beliau tentang sesuatu ayat sehingga sukar berhenti. Alhamdulillah dengan menggunakan tafsir beliau hafazan juz 1 saya lebih baik berbanding dengan yang lain kerana pemahaman yang saya perolehi dari tafsirnya. 

Semoga Allah membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama para Anbiya’, Auliya’ dan Solihin. Al-fatihah…

Untuk bacaan lanjut tentang al-Marhum, sila ke laman ini

Notes

Show

Blog comments powered by Disqus