Gegak gempita seluruh media massa apabila DAP tidak mahu Hudud dan negara Islam. Apa nak dihairankan, kita Siang dan Karpal bukan Muslim. Yang lebih patut dipelikkan ialah, UMNO yang melaung sana- sini nak membela Islam nak ke kepada Hudud dan negara Islam? Kenapa Utusan tak bising Najib dan Muhyiddin tidak laksana hudud? Apakah hudud dan negara Islam itu ada dalam dasar UMNO dan BN?
Alangkah bertuahnya jika kita dikurniakan Allah umur yang panjang dan amal yang soleh bagi mengisi umur tersebut. Wak, seorang yang berumur 85 tahun yang menghabiskan umurnya hanya dengan ibadah. Tidak pernah meninggalkan puasa Isnin dan Khamis semenjak muda dan sentiasa menghabiskan masa Ramadhannya dengan khalwat. Jika dilihat kehidupan beliau, Wak memang sangat zuhud dengan dunia. Dengan pakaian yang sederhana dan perwatakan yang sangat disenangi para pelajar pondok Kampung Temu, jarinya tidak berhenti-henti mengira zikrullah.
A beautiful quote from Sidi Ahmad ar-Rifaei, the founder of the Rifaie Tariqah.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun…. Saya baru terbaca status sahabat saya di Facebook tentang pemergian seorang ulama’ tafsir besar Nusantara ini Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad Milatu pada hari ini. Pemergian beliau menemui Rabbnya merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada umat Islam terutamanya dari Nusantara. Beliau merupakan seorang penulis kitab tafsir yang prolifik dan terkenal dengan kitab tafsirnya yang asalnya merupakan sebuah syarahan di radio yang kemudiannya dibukukan dengan judul Tasir al-Quran Di Radio.

Saya secara peribadi tidak mengenali Ustaz Sonhadji cumanya semasa saya berumur 9 tahun saya mula menghafaz juz 1 dan Quran yang saya gunakan ketika itu adalah Tafsir al-Marhum. Tafsir beliau sangat menarik sehingga kadang-kadang saya menghafaz lebih dari yang ditetapkan setiap hari kerana tertarik dengan syarahan beliau tentang sesuatu ayat sehingga sukar berhenti. Alhamdulillah dengan menggunakan tafsir beliau hafazan juz 1 saya lebih baik berbanding dengan yang lain kerana pemahaman yang saya perolehi dari tafsirnya.

Semoga Allah membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama para Anbiya’, Auliya’ dan Solihin. Al-fatihah…
Untuk bacaan lanjut tentang al-Marhum, sila ke laman ini.